Friday, December 25, 2009

Hired @ Fired@ Resign….

22 Oct 2009 – My 1st day working as Manager….
Manage all the staff , with pressure from another highest management …without any experience…Set up all new system , face all client and staff…make me feel so depress… Arghhhh!!!!
• New Life…Career Path….
Bukan mudah melalui semua kehidupan baru yang memenatkan, Fiza bermula dengan permulaan dari pembukaan organisasi ini sampai segalanya Fyza lengkapi… Bekerja dengan bantuan buku, meghadapi karenah bos yang juga masih baru dalam dunia perniagaan ini…menjadikan segala-galanya sukar….Bermula dengan ketidakpuasan hati , namun akhirnya wujud simpati…Berbekalkan semangat ingin belajar sebelum meneruskan bisnes keluarga , Fyza yang banyak membantu mencorak segala sistem di organisasi ini….Namun kadangkala pendapat bercanggah dengan bos…hehhehe…Mungkin kerana Fyza berlatarbelakangkan pendidikan kaunseling, Fyza terlebih “unconditional positive regards”, tapi staff still hormat Fyza. Dalam usia 24 tahun, jdi manager bukan senang..Kena berhadapan dengan staff yang jauh lebih tua atau juga staff yang baru belajar hidup atau staff yang sama level…(ada degree gak) memang mencabar… Namun, Fyza jadikan mereka teman, minta pendapat dan kongsi idea untuk memajukan organisasi..Namun, pihak atasan tidak menyenangi cara Fyza.. Minta Fyza lebih tegas… Fyza buat cara biasa…seimbangkan ketegasan dan diplomasi….Namun, kadangkala, tiada kompromi dari pihak atasan menyebabkan staff mula buat perangai…Misalnya, sukar mendapat cuti…dan peralihan dari 2 shift kepada 1 shift.. Now kerja pukul 10.30 pagi hingga 11 .00 mlm…. Fyza pun pada mulanya give up dan rasa nak berhenti cepat…Tapi, terpaksa professional , tegas dan tunjuk komitmen agar staff tak give up….Penat, tuhan je yang tau…
Paling tak boleh berhadapan dengan masa untuk memecat staff…sedihnya…Tapi terpaksa juga…mengeluarkan kata2….Maaf saya terpaksa berhentikan awak….Masalah disiplin staff adalah berpunca dari sikap tiada kompromi majikan ….Fyza pun makan gaji, so faham sangat kenapa staff mula buat perangai… Antara sebabnya….1) Kerja 12 jam sehari, 2)Masa rehat dikurangkan kepada 50 minit 3) Gaji yang tidak setimpal….Staff pun pernah bekerja dan tahu Labour Act….dah majikan Betray Law…baik angkat kaki….!!Fyza faham masalah mereka…Dan yang paling tension masalah staff Islam yang terpaksa curi2 masa untuk solat…(Fyza pun buat macam tu)…Mungkin majikan kurang faham kewajipan umat Islam…tapi sbg manager, Fyza yang arahkan mereka solat juga bila tiba waktu….Fyza akan cover mereka dr bos…Kat sini lah Fyza lihat keruntuhan akhlak umat Islam yang lebih mementingkan kerja dan takut bos dari memilih untuk bersolat…. Beberapa kerat je staff Islam yang bersolat….Yang lain, pelbagai alasan diberikan…. Biarlah…Fyza dah ingatkan…So, faham2 sendiri la….
Lama2 rasa benci kepada suasana kerja bertukar kepada rasa sayang . Fyza bertahan lagi sebab majikan memerlukan Fyza dan tak sanggup lihat perniagaan yang baru bertapak ni terkubur… Fyza uruskan semua SSM (SURUHANJAYA SYKT MSIA), SOCSO dan EPF, daftar telefon n faks…. Agar lengkap semuanya….Semua akaun n urusan finance pun Fyza corakkan cara agar Fyza tak tinggalkan
mereka tanpa sistem…. Rasa simpati pada majikan yang masih baru ingin belajar (2nd BOS), namun majikan ni semangat dia kuat… Seorang wanita Cina yang telah berumur dan masih belum berkahwin…. Dia yang buat Fyza tunggu dan tidak terlalu awal berhenti kerja. Give n take antara kami buat kami serasi….dan akhirnya Fyza delay waktu untuk tinggalkan jawatan ni….Sehinggalah semua sistem telah teratur n sales dah ok…….Cuma kos masih belum cover… Biasala..baru2 buka perniagaan kan…. Alhamdulillah ada yang Fyza pelajari…….
• 18 Dec 2009 – I fired myself…ahhhhaaahhhaaa…….RESIGN>>>!!!
Tak boleh delay resign lg…..atas semangat seorang teman …yang menyatakan kasihankan diri ko sblm kasihankan owg lain….Knp Fyza resign???
>>>mula sakit2…batuk dah mula ada bubble darah….hidung asyik berdarah, kaki setiap pagi cramp.. setiap malam sampai rumah pukul 12 mlm…penat n parents mula risau ngan keselamatan Fiza….sepanjang kerja da 3 kali accident…lagipun Fiza kurang cekap memandu waktu malam….Gaji memang dah tau dari awal tak setimpal dengan kerja….(tapi nak cari pengalaman punya pasal)…gaji ckup bayar kereta n duit minyak pergi balik je….ELaun tak ada… So, kena fikir gak,,….Lagipun kalau boleh nak sambung MASTER….belajar lagi….
Akhirnya 1 MUharam …maal hijrah..Fyza mohon berhenti kerja….Ada air mata yang ditahan dari kelopak mata majikan yang dah macam akak sendiri, namun…atas sebab dan alasan yang fyza beri..untuk sambung belajar, dia relakan… Jaminan dari bos ni, kalau lepas habis belajar tak ada kerja, cari dia…..Sedih sangat..lihat staff dan tinggalkan tempat pertama Fyza kerja lepas konvo….Tapi, Fyza kena fikir badan dah tak tahan, hati mak dan abah yang risau setiap malam tunggu Fyza balik kena jaga juga,..INsYaAllah,,,rezeki ada dimana2….Doakan yang terbaik untuk Fyza.
P/s;-
Buat Miss Soh,my dear sis…keep up a good strength to manage ur business, never give up…For Mr Tan,..tq for give me chance and trust to be a manager without any experience….For all staff…Cook Department..(Ah Soon, Awie, Dafi , Roni, Sugong, Lela(mak),) Staff ( Rizal , Fara, Nichole, Khalil, Zul, Murad, Ili, Afiq, Hafiq, Matahthir, Suhaimi, Ada)keep up a good work n tabahlah….setiap harga kebaikan yang kita lakukan akan terbalas walaupun kita tak tahu bila waktunya… Fyza akan selalu ke sana melihat perkembangan kalian, ketabahan kalian dan semoga perniagaan semakin maju..berkat usaha kalian….Buat Murad…now ganti tempat akak…jgn biar orang pandang graduan macam kita tak ada masa depan…sebab masa depan kita, kita yang mencorak kannya…Thanks sebab ada bersama dengan akak setiap masa untuk berkongsi pengalaman dan pandangan…. Buat staff yang dah kena pecat…Lisa, abg Usop, Raden, Andy…anda mempunyai pendirian yang sangat bagus….!!Hidup & rezeki ada dimana2. Jaga ukhuwah kita…..tiada benci…All memory remind….!!....Love u all ! !


Thursday, October 15, 2009

Delegation Kelab Penyayang ke Sarawak...

amp;

p/s:- Creadit to aku (fyza), ayu n nisa..yg bertungkus lumus buat benda neh....
hehhehhe..untuk aksi2 tarian tuh..sorry ya pd mr haqimin & naim...hhhehehe

LOVE.......credit to bro Ery n the geng




Video neh abg ery n marul buat untuk Kelab Penyayang ..so touching hehehhe

Monday, October 12, 2009

Warkah Buat ILHAM Hafiz….

Mungkin sangat lewat untuk dititipkan Takziah atas kepergian ayahanda tercinta pada 26 sept 2009 ….NAmun titipan Al-Fatihah Fiza kirimkan buatnya….Al-Fatihah buat Allahyarham Uncle Abd Latiff…
Sengaja Fyza titipkan warkah ini di blog Fyza agar Fyza mampu berkongsi rasa dengan pembaca sekalian. Ilham Hafiz merupakan insan yang hadir dalam hidup Fyza sejak 2003…sebagai teman, sahabat dan abang…Bermula dengan Minggu Penulis Remaja 2003 yang membawa kepada perkenalan kami…Ilham terus menjadi teman dan sahabat saat Fyza jatuh dan tersungkur..Dia tidak pernah kenal erti jemu dalam melayan karenah Fyza yang tidak menentu. Mungkin agak kelakar bila panggilan “abg” kekal hingga kini kerana pada mulanya kami tidak tahu kami sebaya…dan akhirnya kami biarkan panggilan itu kekal… Sememangnya dia “abg” dalam hidup Fyza . Kematangannya dalam mengemudi hidup sangat mengkagumkan Fyza….
6 tahun berlalu dan hanya beberapa kali pertemuan singkat dengan Ilham…dan pertemuan terakhir membawa Ilham ke Muar mengunjugi rumah Fyza…sebelum segalanya berubah…”Semuanya tidak seperti sediakala”..6 tahun perkenalan menyaksikan jatuh bangun Ilham dan ketabahannya terserlah. Mungkin setiap insan bergelar wanita yang pernah menjadi milik Ilham lebih mengenalinya…Satu persatu teman meninggalkannya dan dia masih tabah….Kini Ilham telah bertemu dengan SINAR yang mampu menjadi pelengkap hidupnya dan Fyza yakin Ilham tidak tersalah pilih kali ini…..Fyza doakan Ilham bahagia ….


Demi Tuhan yang menciptakan manusia dengan perasaan kasih dan sayang untuk dikongsi, Fyza ucapkan terima kasih buat Ilham yang telah meminjamkan kasih dan sayangnya sehingga Fyza mampu merasai kasih sayang seorang abang selama 6 tahun…Dan kini bila saat dan waktu mengubah segalanya, Fyza meneladani ketabahan Ilham untuk menerima perubahan ini kerana Ilham membekalkan Fyza dengan kata-kata “setiap insan ada ujiannya tersendiri, dan setiap insan perlu berubah untuk sesuatu”. Fyza telah belajar untuk beri laluan untuk Ilham focus pada dirinya, keluarganya dan mahligai bahgia yang bakal dibina…. Doa Fyza masih untuk melihat ILham bahagia..kerana dalam hati dan minda Fyza, ilham masih abang yang sangat Fyza hormati… Terima kasih kerana bersama mendewasakan Fyza…..

Buat Abg Hafiz @ Ilham…
Fyza mohon maaf andai ada tersalah dan khilaf diri sepanjang perkenalan kita….Fyza tidak pernah bersama sepanjang Ilham susah dan kecewa..Fyza selalu tiada disisi Ilham bila Ilham perlukan Fyza….Namun , Ilham masih ada bila Fyza perlukan insan untuk berkongsi masalah dan kesukaran yang Fyza lalui…Kadangkala kesibukan Fyza membuat Fyza lupakan Ilham (Fyza buat Ilham contact NIsa dan tanya kenapa Fyza tak balas msg ILham sepanjang Fyza praktikum dulu)……Fyza minta maaf sangat2….
Fyza sedang belajar hidup tanpa ILham..tanpa abg….tanpa teman dan sahabat ……Fyza perlu berdiri sendiri kini, memberi laluan untuk Ilham dan perubahan yang Ilham perlu tempuhi… Namun, Ilham kekal dalam jiwa sebagai seorang abg , teman dan sahabat….
Mohon kepada insane yang kini memiliki hati Ilham, jaga abg Fyza baik2 tau..Fyza yakin kamu mampu menjadi seorang isteri yang sangat baik buat Ilham….

P/S :
hubungan persahabatan dan ikatan abg & adik adakalanya lebih terkesan dalam jiwa Fyza berbanding hubungan cinta dua insan yang hanya manisnya sementera (mungkin kerana Fyza selalu ditinggalkan dalam percintaan..menjadikan Fyza kalis dengan kehadiran lelaki dala hidup) . Kedewasaan Fyza dilimpahi kasih sayang yang dikongsi oleh abg angkat ( Fyza tiada abg kandung)…Oleh yang demikian, mungkin Fyza masih terasa kehilangan ILham… Namun, Fyza yakin, segalanya hanya pinjaman Tuhan dan kini Tuhan juga berhak menarik balik pinjamannya…Terima Kasih Allah, terima kasih abgku..Ilham Hafiz….
Puisi Dedikasi Ilham masih Fyza simpan…..sebagai kenangan. Thankss………

Berakhirnya Ramadan, Syawal Menjelma…………..


Berakhirnya Ramadan, Syawal Menjelma…………..

Salam Ukhuwah…..
Berakhirnya Ramadan dan Syawal menjelma…putaran kehidupan yang dilalui dari tahun ke tahun….Masa yang berputar kadang-kadang meninggalkan kita tanpa kita sedari. Namun, kehidupan tidak pernah menjanjikan keselesaan atau kebahagiaan buat selamanya. Usaha & doa adalah senjata paling ampuh dalam kita melalui kehidupan agar kesukaran dan keperitan terasa sedikit ringan dilalui…Mungkin basahnya kelopak mata ketika sayup hening pagi menyapa, dalam doa yang tiada henti merintih kepada Ilahi menjadi pengubat setiap getir yang dilalui , tanpa siapa sedari.. Tinggal kenangan, tinggal teman…kelupaan mu padaku menjadi azimat untuk aku melupakanmu….
SALAM AIDILFITRI ..mungkin sedikit terlewat..buat teman2 yang setia mengunjungi blog saya ini….

Info Untuk Semua:-D-Love@ B-LOve

Info Untuk Semua:-D-Love@ B-LOve

Terdapat 2 jenis kasih sayang iaitu D-Love (deficiency love) iaitu individu yang mementingkan diri sendiri daripada memberi kasih sayang kepada orang lain dan B- Love ( being love)-iaitu individu yang memiliki kasih sayang yang matang hanya apabila keperluan asas dipenuhi dan individu itu sedang menuju kesempurnaan kendiri..
Anda tergolong pada kategori mana ye?


Mind Power- Cr Fyza.

THESIS/KAJIAN ILMIAH FYZA

TAJUK THESIS/KAJIAN ILMIAH :
MENGKAJI KONSEP KENDIRI & KEPERLUAN OKU DI UMT (2008)- QUALITATIVE RESEARCH

Salam , buat teman2…
Ramai sangat yang minta tunjuk ajar untuk buat kajian kaedah kualitatif samaada kawan2 yang sambung master @ adik2 junior yang baru nak buat kajian ilmiah atau proposal….Kaedah kajian kualitatif adalah kajian yang sangat menyeronokkan dan buat anda rasa sendiri bagaimana suatu proses yang melibatkan hati, persekitaran dan logical bersatu menjadi satu idea atau janaan penemuan baru yang lebih realistic, bukan bersifat number dan bukan berpaksikan sekadar teori…Kajian yang dilaksanakan melaliu kaedah pemerhatian, temubual dan jurnal sampel ini lebih nature dan sangat dekat dihati pengkaji sehingga pengkaji benar-benar memahami apa yang dikaji . Buat teman –teman Fyza sertakan abstrak kajian Fyza disini dan mana –mana teman yang ingin tunjuk ajar dan pengalaman fyza mana hasilkan kajian, InsyaAllah Fyza akan bantu yang termampu…Yang minta soft copy kajian ni..ermm..boleh but by PDF la yer…sebab ada etika kerahsiaan (temubual bersama sampel OKU) yang fyza sertakan dalam lampiran kajian yang perlu Fyza jaga atas permintaan sampel kajian…hehhehee…
ABSTRAK KAJIAN:-
ABSTRAK
Kajian kualitatif ini bertujuan untuk mengkaji Konsep Kendiri dan Keperluan OKU (Orang Kelainan Upaya) atau PKU (Pelajar Kelainan Upaya) di UMT. Konsep kendiri dan keperluan adalah elemen penting dalam menentukan tingkah laku dan halatuju seseorang individu . Dalam konteks kajian ini, pengkaji cuba mendekati OKU . Sampel kajian terdiri daripada 3 orang pelajar OKU di UMT. Data dikumpul berdasarkan kaedah kualitatif dimana pengkaji melakukan sesi temuramah sebanyak 3 kali secara berkala kepada 3 orang sampel tersebut. Temuramah dilakukan dengan menggunakan soalan separa berstruktur dimana sampel ditemuramah berdasarkan objektif kajian. Pendekatan pengumpulan data juga dilakukan dengan menggunakan kaedah jurnal atau analisis dokumen. Pengkaji telah menganalisis jurnal atau catatan diari harian sampel yang dilakukan secara berkala selama 5 hari. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat 5 tema yang dapat dikesan berdasarkan penganalisisan data. Tema yang dikenalpasti ialah dari aspek keperluan atau kemudahan, penerimaan, kasih sayang, konsep kendiri dan penghargaan kendiri. Keperluan atau kemudahan seharusnya disediakan selaras dengan keperluan OKU atau PKU untuk memudahkan mobiliti dan memberi keselesaan serta menjaga kebajikan mereka. Penerimaan merupakan satu keperluan dalam kehidupan OKU atau PKU. Golongan OKU atau PKU yang diterima oleh masyarakat akan melalui hidupnya dengan gembira dan individu yang tidak diterima akan mengalami ketidakseimbangan dalam diri. Kasih sayang pula merupakan aspek terpenting dalam perkembangan OKU atau PKU. Tanpa kasih sayang mereka akan rasa keseorangan dan tersisih. Tema keempat, konsep kendiri adalah satu sistem tanggapan iaitu konsep dan penilaian OKU mengenai dirinya samaada positif atau negatif. Tema terakhir ialah penghargaan kendiri. Penghargaan kendiri merupakan satu keadaan dimana OKU merasakan dirinya dihargai. Penghargaan kendiri penting untuk menjadikan OKU lebih bermotivasi . OKU atau PKU menghadapai pelbagai cabaran dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar yang kadangkala mempengaruhi konsep kendiri. Selain itu, keperluan dari pelbagai aspek seperti kemudahan, kasih sayang dan penerimaan seharusnya dititikberatkan dalam proses membantu perkembangan OKU atau PKU di UMT.



ABSTRACT
The main purpose of this qualitative research is to determine self- concept and facilities of the disabled person or student in University of Malaysia Terengganu (UMT). The self- concept and facilities is the important element to determine behavior and individual objective. Study sample comprise from 3 disabled person in UMT. Data gathered based on qualitative method. (Interview and document analysis). Interview session done which is 3 times periodically to 3 stated sample. Interview make by using semi – structured question. Sample interviewed base on objective of the study. Researcher also analyzed journal or diary record sample daily periodically performed during 5 day. Finding research showed that there is 5 themes detect based on data analysis such as facility, acceptance, love, self -concept and self-esteem. Need or facility should be prepared in accordance with disabled person to provide facilitate mobility and to take care disabled person welfare. Acceptance is a necessity in disabled person life. Disabled person who accepted by society would pass his life happily and those whose not accepted will experience deep imbalance. Love is the most important for disabled person. Without love, disabled person will felt alone and excluded. Self concept refers to how the disabled person evaluates themselves. Self - esteem refers to disabled person experience whether he feel appreciated or not. Self - esteem important to make disabled person feel more motivated. Disabled person face a various challenge in their life as a students and sometimes its influence their self - concept. Apart from that, need from various aspects as facility, love and acceptance should be emphasized in the process to assist the development of disabled person in UMT

P/S: Terlalu kurang kajian berkaitan dengan OKU dilakukan. DIharap kajian ini dapat menyuntik minat individu lain untuk membuat kajian tentang OKU..
Credit to my beloved lecturer/supervisor : Dr Ruhani b Mat Min (UMT)…You inspired me..thanks..banyak bantu kajian Fyza n thanks sbb bg A dalam kajian ni hehhehee…Fyza akan sambung MASTER macam yang Dr minta.. InsyaAllah…

Terlalu Asyik MEMBERI dan Lupa Hak Untuk MENERIMA…..

Mungkin Fyza atau anda semua sedang leka dengan apa yang kita lakukan… Terlalu asyik MEMBERI sehingga lupa hak anda untuk MENERIMA….Dan sepanjang hidup Fyza selama 24 tahun, Fyza leka memberi untuk mendapatkan sesuatu dan lupa untuk meminta hak untuk MENERIMA untuk mendapatkan sesuatu… Mungkin sebab itu Fyza gagal MEMILIKI…..
Teman-teman…
(MEMBERI) Kita leka memenuhi permintaan orang yang kita sayang demi menjaga hatinya, sehingga terlupa kita juga memerlukan perkara yang sama dari orang yang kita sayang ( MENERIMA)…akhirnya setelah leka MENERIMA , orang yang kita sayang berlalu pergi kerana telah cukup dengan apa yang kita BERI…Kita pula gagal MENERIMA..walaupun yang diminta hanya SEKEPING HATI…. Mengapa ini terjadi??? Ini kerana insan yang menyayangi kita akan MEMBERI dan bukan MENERIMA..dan bila kita terleka MEMBERI untuk memiliki sesuatu ( hatinya ), kita sebenarnya telah gagal mencari CINTA…kerana CINTA perlu MEMBERI & MENERIMA….Kini Fyza benar2 pasti…tidak mahu leka MEMBERI….kerana akhirnya Fyza juga akan MENERIMA..bukan dirinya, cintanya atau hatinya..tetapi menerima KEKECEWAAN!!!
P/s:
buat teman itu…kita masih sahabat……tiada benci dan dendam.. Hanya ingin melihat kebahagiaan dan senyuman darimu hingga akhir nyawa…

Meniti Ramadan Al Mubarak….

Salam ukhuwah….
Dalam meniti Ramadan pada tahun ini, diharap semua dapat meningkatkan amalan dan mengawal diri dari melakukan perkara negatif.. Bagi Fyza kehidupan di bulan Ramadan hanya tertumpu di rumah dan kawasan yang sewaktu dengannya. Agak membosankan kerana Fyza dah biasa aktif dan akan cepat bosan apabila tak ada apa-apa perkara nak dilakukan……Tapi, sepanjang dirumah dan cuba mendalami kerja2 sebagai surirumah rupanya agak sukar dan amat2 memenatkan…Tak percaya cubalah rasa…So, buat lelaki2 yang hanya tahu kerja , makan dan tidur….fikirkan pula isteri anda yang bosan dengan rutin yang sama sebagai surirumah…(bagi isteri yang bekerja…lagilah penat ….ditambah dengan bebanan kerja rumah lagi….)..
Ramai teman2 yang mestinya tertanya2 Fyza dah bekerja ke belum…jawapan yang selalu fyza berikan ialah kerja RTM ( Rehat, Tidur, Makan@Merayap mengasah skill drive kereta ahahhaha)…..Mungkin belum ada rezeki…Doakanlah yang terbaik… ( sebenarnya agak tertekan **lebih tepat, sangat tertekan bila tak dapat kerja lagi, dah dekat 1 bulan selepas konvo tak dapat juga kerja )…Lecturer di UMT tawarkan buat MASTER bawah penyeliaannya..sambung kajian thesis masa Degree…tapi Fyza kena fikirkan kos sara diri dulu…mesti kerja baru sambung MASTER….sampai sekarang hold lg..Maaf Dr Ruhani…mesti tertunggu2 jawapan kan???Pensyarah Fyza ni siap call dan suggest sambung MASTER coz thesis degree pun dapat A n pointer pun ok…dapat Anugerah Naib Canselor lagi..kata dia la…Tapi sbg anak sulung Fyza rasa HAPRAK sangat coz tak mampu berdikari lagi!!!!!!!!! Biarlah ada kerja ..MASTER part time pun ok…lagipun tak kan nak bagi abah tambah 2 tahun lagi sara Fyza , bayar duit kereta Fyza bulan2 dan bagi duit sara diri lagi!!!! Cukuplah….Buat kawan2 tolong jangan Tanya soalan yang buat Fyza lebih tertekan… Ko dah keje ke???Mesti gaji mantap kan???ahahhahah AKU MAKIN STRESS ma camneeehhh!!!!!!!!!!Doakan ada rezeki k…Penegasan… AKU TAK PILIH KERJA PUNN>>> KERJA YANG MEMILIH SANGAT SAPA YANG NAK DIAMBIL aaahahhaha…tak percaya?? Masa aku pi interview as HR Manager…kat syarikat MUnchys (biskutt tuhh), dia punya Pengarah Urusan amik resume aku n kata…u have a good qualification, active n committed…ape2 ntah dia membebel…(gara2 aku aktif berpesatuan, pgg jwtn tinggi, ada dpt award ANC n Presiden Terbaik UMT dan pointer tinggi ( pointer kau tak la tinggi mana pun…)disamping aku nye thesis yang dapat A) …dia kata dah mohon SPA? AKu jawab la..dah….Dia kata so just wait for SPA…coz saya yakin awak akan tinggalkan syarikat ini dalam masa 2 bulan dari sekarang if saya ambil awak bekerja …. SO apa maknanya???Hampehhh kan…Tapi aku salute dengan pengakuan ikhlas dia yang nak pekerja tetap…aku tau bukan senang nak hired pekerja..nak buat interview , semua tu masa….(mungkin pengalaman mengajar dia …Ermhhh..terfikir gak…ingatkan ada smua pglibtn aktif semua tu senang dpt keje..rupanya sebaliknya… Mungkin sebab tu ramai kawan2 yang pandai dan aktif jadi RA n smbg MASTER….huhuuuu tak pun jadi tutor sambung MASTER n PhD
Buat teman2 yang dah bekerjaya, tahniah!!Termasuk sahabat baik saya..Tak kira la korang kerja juz kontrak 6 bulan ke…S27 ke apa ke…yang penting dah kerja…walaupun kerja kilang atau buat kuih raya…tahniah…anda selangkah membina masa depan anda…



KAHWIN??? Buat kawan-kawan yang dah berumah tangga..tahniah!!! Buat yang dah couple bagai nak gila 4 n 5 tahun tu…fikir-fikirkanlah untuk mengakhiri zaman bujang anda….semakin tua semakin banyak dosa dan pahala..(tak tahu mana lagi banyak..dosa ke pahala)…Dan tolong jangan tanya saya pasal KAHWIN…sebab Fyza masih mencari jawapan untuk kenapa Fyza tak pernah rasa hebatnya dapat meninggalkan orang yang kita pernah sayang tetapi kerapkali merasa sakitnya ditinggalkan orang yang kita sayang… Adakah cinta memilih yang cantik dan indah saya untuk disinggahi??? Mungkin ada hikmah dan now biarlah masa dan takdir yang tentukan segalanya….Kadang-kadang SEPI ITU INDAH…..hahahhahhaha….!!!!!!!!Salammmzzz….

P/S :-
Kepada kawan2 semua, maaf jika saya tetap diam bila anda hubungi saya..jangan tunggu untuk saya hubungi anda kerana selagi saya tidak memiliki SESUATU, saya akan tetap diam….Mungkin blog ini boleh jadi pengantara untuk kita berhubung….Untuk anda lebih tahu siapa Fyza yang sebenarnya…

Friday, August 21, 2009

Renung2kan & Selamat Beramal...3 cahaya di hari Kiamat

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berl ain an :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam mas jid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : " Hai Huraisy ! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam mas jid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang l ain semoga
menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah

Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik
pula melaungkan azan di mas jid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang
lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana
ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara
tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati
setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang
melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang
disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan
mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.
begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam..

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya mas a dan waktunya yang tidak kita
ketahui.Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, k era s dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah
hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apa pun se mas a azan berkumandang . Sebagai orang b era gama
Islam kita wajib
menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar
agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita
takut dengan kelunya lidah kita se mas a ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
se mas a nyawa kitasedang dicabut.

"Ya Allah! Anuerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik
lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ."
se mas a sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin
Yarobbala'lamin .."

Selamat Menyambut Ramadan

Buat teman2....selamat menyambut ramadan... Semoga ramadan kali ini membawa keberkatan buat kita bersama...

Saturday, August 15, 2009

sEpI...

Bisikku pada bulan
Kembalikan
Temanku,kekasihku, syurgaku…
Tanpa dia..
Malam menemaniku
Sepi memelukku..
Bulan jangan biar siang
Biar alam ini gelap…
Biar ia sepi sepertiku…

Sesuatu Di antara Waktu....Benarlah kata Pensyarahku...


Hari ini, seperti kebiasaan...Fyza ditemani si comel bertiga yang sentiasa ada disisi sejak empat bulan lalu....setia menemani masa-masa terluang dirumah...

Hari ini, si comel bertiga tinggal berdua....kenapa?? sebab dia dah tinggalkan Fyza....tak sempat diselamatkan...hanya sempat dilihat si comel itu bertarung dengan saat getir menahan sakit taktala nyawanya hendak diambil....Kereta mana yang melanggar, entahlah....cukup laju kereta tersebut tinggalkan si comel dilanggar....baru 4 bulan umurnya...suatu masa yang agak singkat...

Mungkin ini hanyalah luahan yang biasa..bagi orang biasa dan mungkin perasaan ini luar biasa bagi yang mengalami kehilangan ..walaupun hanya kehilangan seekor kucing ....ada 2 lg si comel ..namun seolah mengerti pemergian temannya...2 lagi si comel diam membisu tanpa keceriaan seperti selalu...

Walau hanya seekor kucing...tapi air mata ini mengalir juga....

Persoalannya KENAPA:?

Jawapannya ..senang sahaja...setiap rasa hadir berbeza mengikut bagaimana si manusia cuba mentafsir...dan sesuatu diantara waktu itu kadang-kadang tidak bisa ditafsir oleh insan lain yang kurang PEKA.....

Benarlah kata pensyarah dulu....awak jangan ketawa bila ada seorang klien yang bertemu awak untuk mendapatkan khidmat kaunseling hanya kerana kematian kucing kesayangan....klin hadir dengan tangisan dan tidak mampu meluah perasaannya....dan anda KAUNSELOR....apa yang perlu anda lakukan???

Ya...cube terima seadanya..(uncOnditional positive regards)....jangan letak nilai anda pada dirinya( mungkin bagi anda kematian kucing adalah perkara biasa)...yang penting..aplikasikan teori dan kemahiran yang telah anda pelajari.......

Dan kini, Fyza semakin mengerti.....
Dah selalu lalui ...satu demi satu KEHILANGAN....dan manusia tidak akan pernah bisa untuk tidak melalui KEHILANGAN dalam hidup.....

Dan Fyza pasti...KEHILANGAN yang kita lalui akan terbayar dengan KEHILANGAN diri kita yang perlu dilalui oleh seseorang yang memerlukan kita.....adil bukan????

Friday, August 7, 2009

Bosan..Tension..


Hye fwend... Today juz wanna share my feeling...Sgt bosan...n tension...Esok ada exam nak msuk keje..Nak keje pun ad exam...dahla 2 exam...terpaksa pilih satu antara dua..pilihan yg menentukan masa depan..Harap tak salah pilih....nak keje cpt2 ....nak keje...

Beberapa hari lepas ...ada insan2 yg pernah mewarnai zaman kanak2 ku datang setelah lebih 10 tahun x jumpa....malangnya aku pula mcm malu nak jumpa..kenapa??ntah..lagipun sekejap sgt...but thiz da time to keep in touch over n over againts..ehehehem....berbeza??sudah pasti

Saturday, August 1, 2009

wHy yOu?


WHY YOU ?...........

When we meet few months ago ,
You were like no one I know ,
I was attracted to discover the the unknown ,
To find your secret on my own ,
Why you ?..........
That was the question,
The only answer was attraction ,
But I managed to solve the puzzle ,
Putting all the pieces together….
At this moment I saw the picture ,
You are an unique wonderful creature ,
You are not an ordinary human ,
And no one else has someyhing in common ,
You have the warmth of the sun ,
That melts all ice around ,
That we can see twinkle , thought too far…
You have the the tender power of spring ,
That can revival almost everything ,
You have the firmness of a mountain ,
That is appreciated by everyone ,
You have the insistence of the ocean ,
That gives its waves in non-stopping motion ,
You have the generousity of the rain
That never let a plant complain ,
You have all nature glory ,
That can’t be put in a poem or story….




p/s : dia…datang dan pergi sesuka hati….!!!!!!
ermmm..pic kat atas tiada kaitan dengan tajuk..ahahhaa

Sunday, July 26, 2009

mY gRaduation Day...(15 July 2009)











Salam kawan2...
Fyza masih berkira2 mencari kerja yang sesuai..hehhhheee..masih mencari2....
Alhamdulillah akhirnya Fyza konvo juga...dulu masa kecil2 beria-ia nak masuk menara gading kan...(universiti laa ..poyonye aku) now dah konvo pun...
Now , I am a degree holder,,,,ahahhaha...degree of counselling lg. Dapat juga tunaikan impian mak abah n family,,,,yg penting impian sendiri la...
Doalkan yg terbaik buat Fyza..nak dapat kerja yang baik..bantu family n ada rezeki sambung Master....
Ni la pic2 masa konvo..hehhehehe.....
C Ya nt in future,,,,wslm

Monday, July 20, 2009

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Fakulti pengurusan & Ekonomi( 14 July 2009)


After majlis tadi, pi pula majlis ni..dapat la anugerah Dean Award untuk sem 7 dan 8..sem 8 practicum gempak dapat A..so 4.00 flat arrr...tq my lec UMT and penyelia kat Pusat Serenti Muar..parents yg mendoakan dan kawan-kawan yang bg support...tq tq

Majlis Anugerah Graduasi Cemerlang( 14 July 2009)







Slm..ni la pic smasa majlis... Fyza terima Anugerah Naib Canselor... x sangka 10 orang je yang terima anugerah ni sempena Konvokesyen kali ini..syukur alhamdulillah...

Friday, July 10, 2009

Siapa Sebenarnya Aku??


JULAI
( Untuk bulan July sahaja-bulan kelahiran fyza..)
Ni Dato Dr Fadzilah Kamsah la yang buat kajian..kajian Fyza ..follow je kajian dia..tp add in la hahahha...


* Sangat suka didamping.* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.* Agak pendiam kecuali dirangsang.* Ada harga dan maruah diri.* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.* Sangat menjaga hati orang lain.* Sangat peramah.* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.* Berjiwa sentimental.* Jarang berdendam.* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.* Tidak suka benda remeh-temeh.* Membimbing cara fizikal dan mental.* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.* Layanan yang serupa terhadap semua orang.* Tinggi daya simpati.* Pemerhatian yang tajam.* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.* Mudah dan rajin belajar.* Suka muhasabah diri.* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.* Suka mendiamkan diri.* Suka duduk di rumah.* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.* Tidak agresif kecuali terpaksa.* Lemah dari segi kesihatan perut.* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.* Minta disayangi.* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.* Terlalu mengambil berat.* Rajin dalam membuat kerja

Beautiful v/s Beauty "fool"...


Beautiful v/s Beauty “fool”

Dear my blog….

Beauty Is Not What Lies On The Surface..But It Is Something That Comes From The Heart..Guided By The Mind..Essenced With The Soul..


Beautiful v/s beauty “fool”…huh….I really remember when my best friend say “biar muka tak handsome asalkan otak pandai, jangan muka handsome tapi bangang”…hehhe….I really agree with my frenzz!!! Sebenarnya..kat mana ukuran kecantikan seseorang insan ?? Pada rupa yang cantik tapi palsu atau attitude yang terserlah yang lahir dari hati?

Ntahla…Fyza sebenarnya teringat pada kata –kata my psychology development lecturer, Pn Azlina….”nature beauty is everything”….Don’t mind if kita tak secantik orang lain..tak perlu buat apa-apa untuk ubah kurniaan Tuhan pada kita..biarkan kecantikan semulajadi menyelubungi diri…kecantikan yang lahir dari hati, terpamer pada pekerti dan peribadi yang mulia……

Beautiful v/s beauty “fool”…siapa yang akan menang ye??? Biarlah kecantikan lahir dengan pakej IQ & EQ…lengkapkan diri dengan pelbagai ilmu, kerana ilmu itu yang akan melindungi kecantikan dari musnah dan memakan diri….Jangan jadi beauty “fool”, guna kecantikan untuk tujuan yang tidak bermoral…sedih sangat bila tengok remaja perempuan yang cantik….seksi…tapi tertipu dengan pujuk rayu lelaki ,akhirnye rosak…!!!..

Fyza pernah memuji seorang perempuan yang bagi Fyza sangat cantik n Fyza inform kat member lelaki Fyza…Tapi nak tau apa diorang jawab???? “Huh..cantik pun tak guna tapi dah rosak”!!!! U all really know what the meaning kan??? Fyza pun pelik sbb ramai member lelaki Fyza ni tahu “BACA” perempuan…BUkan pe..terfikir juga…sejahat-jahat lelaki pun bila nak cari perempuan untuk jadikan wife, diorang nak gurl yang baik…pandai…dan mcm2 kategori diorg letak…

So, for all gurl..just choose whether u need to be a beautiful or beauty “fool” girl…!!!!!!!

p/s:-( Fyza sebenarnya ingatkan diri sendiri….semoga masih teguh pegangan dan keimanan yang membentengi diriku..agar aku mampu membuat pilihan yang terbaik dan tidak terkeluar dari landasan)…………………

Sunday, July 5, 2009

Salam Ukhuwah....




Hye teman-teman... Alhamdulillah akhirnya Fyza dapat juga hasilkan blog sendiri menggantikan blog lama yang dah lama sangat tak update...Sejak masuk UMT till now dah nak grad dah 15 July nie... Ni baru permulaan dan diharap dapatlah kita sama-sama bertukar-tukar fikiran dan pendapat...
p/s : untuk yang ingin mendapatkan khidmat KAUNSELING , InsyaAllah.. CR FYZA akan mula mengaplikasikan segala ilmu dan kepakaran yang telah dipelajari selama 4 tahun....
Cee Ya nt...
Nak konvo dulu 15 July ...14 July pula attend majlis Kecemerlangan Pelajar untuk ambil award...InsYaAllah...

Inspiration & Aspiration.....

"Sesegar kuntuman nailofar diapung air, kuharap diriku tidak pernah layu oleh gelombang ganas, walau atma jadi taruhan...."