Monday, October 12, 2009

Meniti Ramadan Al Mubarak….

Salam ukhuwah….
Dalam meniti Ramadan pada tahun ini, diharap semua dapat meningkatkan amalan dan mengawal diri dari melakukan perkara negatif.. Bagi Fyza kehidupan di bulan Ramadan hanya tertumpu di rumah dan kawasan yang sewaktu dengannya. Agak membosankan kerana Fyza dah biasa aktif dan akan cepat bosan apabila tak ada apa-apa perkara nak dilakukan……Tapi, sepanjang dirumah dan cuba mendalami kerja2 sebagai surirumah rupanya agak sukar dan amat2 memenatkan…Tak percaya cubalah rasa…So, buat lelaki2 yang hanya tahu kerja , makan dan tidur….fikirkan pula isteri anda yang bosan dengan rutin yang sama sebagai surirumah…(bagi isteri yang bekerja…lagilah penat ….ditambah dengan bebanan kerja rumah lagi….)..
Ramai teman2 yang mestinya tertanya2 Fyza dah bekerja ke belum…jawapan yang selalu fyza berikan ialah kerja RTM ( Rehat, Tidur, Makan@Merayap mengasah skill drive kereta ahahhaha)…..Mungkin belum ada rezeki…Doakanlah yang terbaik… ( sebenarnya agak tertekan **lebih tepat, sangat tertekan bila tak dapat kerja lagi, dah dekat 1 bulan selepas konvo tak dapat juga kerja )…Lecturer di UMT tawarkan buat MASTER bawah penyeliaannya..sambung kajian thesis masa Degree…tapi Fyza kena fikirkan kos sara diri dulu…mesti kerja baru sambung MASTER….sampai sekarang hold lg..Maaf Dr Ruhani…mesti tertunggu2 jawapan kan???Pensyarah Fyza ni siap call dan suggest sambung MASTER coz thesis degree pun dapat A n pointer pun ok…dapat Anugerah Naib Canselor lagi..kata dia la…Tapi sbg anak sulung Fyza rasa HAPRAK sangat coz tak mampu berdikari lagi!!!!!!!!! Biarlah ada kerja ..MASTER part time pun ok…lagipun tak kan nak bagi abah tambah 2 tahun lagi sara Fyza , bayar duit kereta Fyza bulan2 dan bagi duit sara diri lagi!!!! Cukuplah….Buat kawan2 tolong jangan Tanya soalan yang buat Fyza lebih tertekan… Ko dah keje ke???Mesti gaji mantap kan???ahahhahah AKU MAKIN STRESS ma camneeehhh!!!!!!!!!!Doakan ada rezeki k…Penegasan… AKU TAK PILIH KERJA PUNN>>> KERJA YANG MEMILIH SANGAT SAPA YANG NAK DIAMBIL aaahahhaha…tak percaya?? Masa aku pi interview as HR Manager…kat syarikat MUnchys (biskutt tuhh), dia punya Pengarah Urusan amik resume aku n kata…u have a good qualification, active n committed…ape2 ntah dia membebel…(gara2 aku aktif berpesatuan, pgg jwtn tinggi, ada dpt award ANC n Presiden Terbaik UMT dan pointer tinggi ( pointer kau tak la tinggi mana pun…)disamping aku nye thesis yang dapat A) …dia kata dah mohon SPA? AKu jawab la..dah….Dia kata so just wait for SPA…coz saya yakin awak akan tinggalkan syarikat ini dalam masa 2 bulan dari sekarang if saya ambil awak bekerja …. SO apa maknanya???Hampehhh kan…Tapi aku salute dengan pengakuan ikhlas dia yang nak pekerja tetap…aku tau bukan senang nak hired pekerja..nak buat interview , semua tu masa….(mungkin pengalaman mengajar dia …Ermhhh..terfikir gak…ingatkan ada smua pglibtn aktif semua tu senang dpt keje..rupanya sebaliknya… Mungkin sebab tu ramai kawan2 yang pandai dan aktif jadi RA n smbg MASTER….huhuuuu tak pun jadi tutor sambung MASTER n PhD
Buat teman2 yang dah bekerjaya, tahniah!!Termasuk sahabat baik saya..Tak kira la korang kerja juz kontrak 6 bulan ke…S27 ke apa ke…yang penting dah kerja…walaupun kerja kilang atau buat kuih raya…tahniah…anda selangkah membina masa depan anda…



KAHWIN??? Buat kawan-kawan yang dah berumah tangga..tahniah!!! Buat yang dah couple bagai nak gila 4 n 5 tahun tu…fikir-fikirkanlah untuk mengakhiri zaman bujang anda….semakin tua semakin banyak dosa dan pahala..(tak tahu mana lagi banyak..dosa ke pahala)…Dan tolong jangan tanya saya pasal KAHWIN…sebab Fyza masih mencari jawapan untuk kenapa Fyza tak pernah rasa hebatnya dapat meninggalkan orang yang kita pernah sayang tetapi kerapkali merasa sakitnya ditinggalkan orang yang kita sayang… Adakah cinta memilih yang cantik dan indah saya untuk disinggahi??? Mungkin ada hikmah dan now biarlah masa dan takdir yang tentukan segalanya….Kadang-kadang SEPI ITU INDAH…..hahahhahhaha….!!!!!!!!Salammmzzz….

P/S :-
Kepada kawan2 semua, maaf jika saya tetap diam bila anda hubungi saya..jangan tunggu untuk saya hubungi anda kerana selagi saya tidak memiliki SESUATU, saya akan tetap diam….Mungkin blog ini boleh jadi pengantara untuk kita berhubung….Untuk anda lebih tahu siapa Fyza yang sebenarnya…

No comments:

Post a Comment

Inspiration & Aspiration.....

"Sesegar kuntuman nailofar diapung air, kuharap diriku tidak pernah layu oleh gelombang ganas, walau atma jadi taruhan...."