Friday, December 25, 2009

Hired @ Fired@ Resign….

22 Oct 2009 – My 1st day working as Manager….
Manage all the staff , with pressure from another highest management …without any experience…Set up all new system , face all client and staff…make me feel so depress… Arghhhh!!!!
• New Life…Career Path….
Bukan mudah melalui semua kehidupan baru yang memenatkan, Fiza bermula dengan permulaan dari pembukaan organisasi ini sampai segalanya Fyza lengkapi… Bekerja dengan bantuan buku, meghadapi karenah bos yang juga masih baru dalam dunia perniagaan ini…menjadikan segala-galanya sukar….Bermula dengan ketidakpuasan hati , namun akhirnya wujud simpati…Berbekalkan semangat ingin belajar sebelum meneruskan bisnes keluarga , Fyza yang banyak membantu mencorak segala sistem di organisasi ini….Namun kadangkala pendapat bercanggah dengan bos…hehhehe…Mungkin kerana Fyza berlatarbelakangkan pendidikan kaunseling, Fyza terlebih “unconditional positive regards”, tapi staff still hormat Fyza. Dalam usia 24 tahun, jdi manager bukan senang..Kena berhadapan dengan staff yang jauh lebih tua atau juga staff yang baru belajar hidup atau staff yang sama level…(ada degree gak) memang mencabar… Namun, Fyza jadikan mereka teman, minta pendapat dan kongsi idea untuk memajukan organisasi..Namun, pihak atasan tidak menyenangi cara Fyza.. Minta Fyza lebih tegas… Fyza buat cara biasa…seimbangkan ketegasan dan diplomasi….Namun, kadangkala, tiada kompromi dari pihak atasan menyebabkan staff mula buat perangai…Misalnya, sukar mendapat cuti…dan peralihan dari 2 shift kepada 1 shift.. Now kerja pukul 10.30 pagi hingga 11 .00 mlm…. Fyza pun pada mulanya give up dan rasa nak berhenti cepat…Tapi, terpaksa professional , tegas dan tunjuk komitmen agar staff tak give up….Penat, tuhan je yang tau…
Paling tak boleh berhadapan dengan masa untuk memecat staff…sedihnya…Tapi terpaksa juga…mengeluarkan kata2….Maaf saya terpaksa berhentikan awak….Masalah disiplin staff adalah berpunca dari sikap tiada kompromi majikan ….Fyza pun makan gaji, so faham sangat kenapa staff mula buat perangai… Antara sebabnya….1) Kerja 12 jam sehari, 2)Masa rehat dikurangkan kepada 50 minit 3) Gaji yang tidak setimpal….Staff pun pernah bekerja dan tahu Labour Act….dah majikan Betray Law…baik angkat kaki….!!Fyza faham masalah mereka…Dan yang paling tension masalah staff Islam yang terpaksa curi2 masa untuk solat…(Fyza pun buat macam tu)…Mungkin majikan kurang faham kewajipan umat Islam…tapi sbg manager, Fyza yang arahkan mereka solat juga bila tiba waktu….Fyza akan cover mereka dr bos…Kat sini lah Fyza lihat keruntuhan akhlak umat Islam yang lebih mementingkan kerja dan takut bos dari memilih untuk bersolat…. Beberapa kerat je staff Islam yang bersolat….Yang lain, pelbagai alasan diberikan…. Biarlah…Fyza dah ingatkan…So, faham2 sendiri la….
Lama2 rasa benci kepada suasana kerja bertukar kepada rasa sayang . Fyza bertahan lagi sebab majikan memerlukan Fyza dan tak sanggup lihat perniagaan yang baru bertapak ni terkubur… Fyza uruskan semua SSM (SURUHANJAYA SYKT MSIA), SOCSO dan EPF, daftar telefon n faks…. Agar lengkap semuanya….Semua akaun n urusan finance pun Fyza corakkan cara agar Fyza tak tinggalkan
mereka tanpa sistem…. Rasa simpati pada majikan yang masih baru ingin belajar (2nd BOS), namun majikan ni semangat dia kuat… Seorang wanita Cina yang telah berumur dan masih belum berkahwin…. Dia yang buat Fyza tunggu dan tidak terlalu awal berhenti kerja. Give n take antara kami buat kami serasi….dan akhirnya Fyza delay waktu untuk tinggalkan jawatan ni….Sehinggalah semua sistem telah teratur n sales dah ok…….Cuma kos masih belum cover… Biasala..baru2 buka perniagaan kan…. Alhamdulillah ada yang Fyza pelajari…….
• 18 Dec 2009 – I fired myself…ahhhhaaahhhaaa…….RESIGN>>>!!!
Tak boleh delay resign lg…..atas semangat seorang teman …yang menyatakan kasihankan diri ko sblm kasihankan owg lain….Knp Fyza resign???
>>>mula sakit2…batuk dah mula ada bubble darah….hidung asyik berdarah, kaki setiap pagi cramp.. setiap malam sampai rumah pukul 12 mlm…penat n parents mula risau ngan keselamatan Fiza….sepanjang kerja da 3 kali accident…lagipun Fiza kurang cekap memandu waktu malam….Gaji memang dah tau dari awal tak setimpal dengan kerja….(tapi nak cari pengalaman punya pasal)…gaji ckup bayar kereta n duit minyak pergi balik je….ELaun tak ada… So, kena fikir gak,,….Lagipun kalau boleh nak sambung MASTER….belajar lagi….
Akhirnya 1 MUharam …maal hijrah..Fyza mohon berhenti kerja….Ada air mata yang ditahan dari kelopak mata majikan yang dah macam akak sendiri, namun…atas sebab dan alasan yang fyza beri..untuk sambung belajar, dia relakan… Jaminan dari bos ni, kalau lepas habis belajar tak ada kerja, cari dia…..Sedih sangat..lihat staff dan tinggalkan tempat pertama Fyza kerja lepas konvo….Tapi, Fyza kena fikir badan dah tak tahan, hati mak dan abah yang risau setiap malam tunggu Fyza balik kena jaga juga,..INsYaAllah,,,rezeki ada dimana2….Doakan yang terbaik untuk Fyza.
P/s;-
Buat Miss Soh,my dear sis…keep up a good strength to manage ur business, never give up…For Mr Tan,..tq for give me chance and trust to be a manager without any experience….For all staff…Cook Department..(Ah Soon, Awie, Dafi , Roni, Sugong, Lela(mak),) Staff ( Rizal , Fara, Nichole, Khalil, Zul, Murad, Ili, Afiq, Hafiq, Matahthir, Suhaimi, Ada)keep up a good work n tabahlah….setiap harga kebaikan yang kita lakukan akan terbalas walaupun kita tak tahu bila waktunya… Fyza akan selalu ke sana melihat perkembangan kalian, ketabahan kalian dan semoga perniagaan semakin maju..berkat usaha kalian….Buat Murad…now ganti tempat akak…jgn biar orang pandang graduan macam kita tak ada masa depan…sebab masa depan kita, kita yang mencorak kannya…Thanks sebab ada bersama dengan akak setiap masa untuk berkongsi pengalaman dan pandangan…. Buat staff yang dah kena pecat…Lisa, abg Usop, Raden, Andy…anda mempunyai pendirian yang sangat bagus….!!Hidup & rezeki ada dimana2. Jaga ukhuwah kita…..tiada benci…All memory remind….!!....Love u all ! !


Thursday, October 15, 2009

Delegation Kelab Penyayang ke Sarawak...

amp;

p/s:- Creadit to aku (fyza), ayu n nisa..yg bertungkus lumus buat benda neh....
hehhehhe..untuk aksi2 tarian tuh..sorry ya pd mr haqimin & naim...hhhehehe

LOVE.......credit to bro Ery n the geng




Video neh abg ery n marul buat untuk Kelab Penyayang ..so touching hehehhe

Monday, October 12, 2009

Warkah Buat ILHAM Hafiz….

Mungkin sangat lewat untuk dititipkan Takziah atas kepergian ayahanda tercinta pada 26 sept 2009 ….NAmun titipan Al-Fatihah Fiza kirimkan buatnya….Al-Fatihah buat Allahyarham Uncle Abd Latiff…
Sengaja Fyza titipkan warkah ini di blog Fyza agar Fyza mampu berkongsi rasa dengan pembaca sekalian. Ilham Hafiz merupakan insan yang hadir dalam hidup Fyza sejak 2003…sebagai teman, sahabat dan abang…Bermula dengan Minggu Penulis Remaja 2003 yang membawa kepada perkenalan kami…Ilham terus menjadi teman dan sahabat saat Fyza jatuh dan tersungkur..Dia tidak pernah kenal erti jemu dalam melayan karenah Fyza yang tidak menentu. Mungkin agak kelakar bila panggilan “abg” kekal hingga kini kerana pada mulanya kami tidak tahu kami sebaya…dan akhirnya kami biarkan panggilan itu kekal… Sememangnya dia “abg” dalam hidup Fyza . Kematangannya dalam mengemudi hidup sangat mengkagumkan Fyza….
6 tahun berlalu dan hanya beberapa kali pertemuan singkat dengan Ilham…dan pertemuan terakhir membawa Ilham ke Muar mengunjugi rumah Fyza…sebelum segalanya berubah…”Semuanya tidak seperti sediakala”..6 tahun perkenalan menyaksikan jatuh bangun Ilham dan ketabahannya terserlah. Mungkin setiap insan bergelar wanita yang pernah menjadi milik Ilham lebih mengenalinya…Satu persatu teman meninggalkannya dan dia masih tabah….Kini Ilham telah bertemu dengan SINAR yang mampu menjadi pelengkap hidupnya dan Fyza yakin Ilham tidak tersalah pilih kali ini…..Fyza doakan Ilham bahagia ….


Demi Tuhan yang menciptakan manusia dengan perasaan kasih dan sayang untuk dikongsi, Fyza ucapkan terima kasih buat Ilham yang telah meminjamkan kasih dan sayangnya sehingga Fyza mampu merasai kasih sayang seorang abang selama 6 tahun…Dan kini bila saat dan waktu mengubah segalanya, Fyza meneladani ketabahan Ilham untuk menerima perubahan ini kerana Ilham membekalkan Fyza dengan kata-kata “setiap insan ada ujiannya tersendiri, dan setiap insan perlu berubah untuk sesuatu”. Fyza telah belajar untuk beri laluan untuk Ilham focus pada dirinya, keluarganya dan mahligai bahgia yang bakal dibina…. Doa Fyza masih untuk melihat ILham bahagia..kerana dalam hati dan minda Fyza, ilham masih abang yang sangat Fyza hormati… Terima kasih kerana bersama mendewasakan Fyza…..

Buat Abg Hafiz @ Ilham…
Fyza mohon maaf andai ada tersalah dan khilaf diri sepanjang perkenalan kita….Fyza tidak pernah bersama sepanjang Ilham susah dan kecewa..Fyza selalu tiada disisi Ilham bila Ilham perlukan Fyza….Namun , Ilham masih ada bila Fyza perlukan insan untuk berkongsi masalah dan kesukaran yang Fyza lalui…Kadangkala kesibukan Fyza membuat Fyza lupakan Ilham (Fyza buat Ilham contact NIsa dan tanya kenapa Fyza tak balas msg ILham sepanjang Fyza praktikum dulu)……Fyza minta maaf sangat2….
Fyza sedang belajar hidup tanpa ILham..tanpa abg….tanpa teman dan sahabat ……Fyza perlu berdiri sendiri kini, memberi laluan untuk Ilham dan perubahan yang Ilham perlu tempuhi… Namun, Ilham kekal dalam jiwa sebagai seorang abg , teman dan sahabat….
Mohon kepada insane yang kini memiliki hati Ilham, jaga abg Fyza baik2 tau..Fyza yakin kamu mampu menjadi seorang isteri yang sangat baik buat Ilham….

P/S :
hubungan persahabatan dan ikatan abg & adik adakalanya lebih terkesan dalam jiwa Fyza berbanding hubungan cinta dua insan yang hanya manisnya sementera (mungkin kerana Fyza selalu ditinggalkan dalam percintaan..menjadikan Fyza kalis dengan kehadiran lelaki dala hidup) . Kedewasaan Fyza dilimpahi kasih sayang yang dikongsi oleh abg angkat ( Fyza tiada abg kandung)…Oleh yang demikian, mungkin Fyza masih terasa kehilangan ILham… Namun, Fyza yakin, segalanya hanya pinjaman Tuhan dan kini Tuhan juga berhak menarik balik pinjamannya…Terima Kasih Allah, terima kasih abgku..Ilham Hafiz….
Puisi Dedikasi Ilham masih Fyza simpan…..sebagai kenangan. Thankss………

Berakhirnya Ramadan, Syawal Menjelma…………..


Berakhirnya Ramadan, Syawal Menjelma…………..

Salam Ukhuwah…..
Berakhirnya Ramadan dan Syawal menjelma…putaran kehidupan yang dilalui dari tahun ke tahun….Masa yang berputar kadang-kadang meninggalkan kita tanpa kita sedari. Namun, kehidupan tidak pernah menjanjikan keselesaan atau kebahagiaan buat selamanya. Usaha & doa adalah senjata paling ampuh dalam kita melalui kehidupan agar kesukaran dan keperitan terasa sedikit ringan dilalui…Mungkin basahnya kelopak mata ketika sayup hening pagi menyapa, dalam doa yang tiada henti merintih kepada Ilahi menjadi pengubat setiap getir yang dilalui , tanpa siapa sedari.. Tinggal kenangan, tinggal teman…kelupaan mu padaku menjadi azimat untuk aku melupakanmu….
SALAM AIDILFITRI ..mungkin sedikit terlewat..buat teman2 yang setia mengunjungi blog saya ini….

Info Untuk Semua:-D-Love@ B-LOve

Info Untuk Semua:-D-Love@ B-LOve

Terdapat 2 jenis kasih sayang iaitu D-Love (deficiency love) iaitu individu yang mementingkan diri sendiri daripada memberi kasih sayang kepada orang lain dan B- Love ( being love)-iaitu individu yang memiliki kasih sayang yang matang hanya apabila keperluan asas dipenuhi dan individu itu sedang menuju kesempurnaan kendiri..
Anda tergolong pada kategori mana ye?


Mind Power- Cr Fyza.

Inspiration & Aspiration.....

"Sesegar kuntuman nailofar diapung air, kuharap diriku tidak pernah layu oleh gelombang ganas, walau atma jadi taruhan...."