Monday, October 12, 2009

THESIS/KAJIAN ILMIAH FYZA

TAJUK THESIS/KAJIAN ILMIAH :
MENGKAJI KONSEP KENDIRI & KEPERLUAN OKU DI UMT (2008)- QUALITATIVE RESEARCH

Salam , buat teman2…
Ramai sangat yang minta tunjuk ajar untuk buat kajian kaedah kualitatif samaada kawan2 yang sambung master @ adik2 junior yang baru nak buat kajian ilmiah atau proposal….Kaedah kajian kualitatif adalah kajian yang sangat menyeronokkan dan buat anda rasa sendiri bagaimana suatu proses yang melibatkan hati, persekitaran dan logical bersatu menjadi satu idea atau janaan penemuan baru yang lebih realistic, bukan bersifat number dan bukan berpaksikan sekadar teori…Kajian yang dilaksanakan melaliu kaedah pemerhatian, temubual dan jurnal sampel ini lebih nature dan sangat dekat dihati pengkaji sehingga pengkaji benar-benar memahami apa yang dikaji . Buat teman –teman Fyza sertakan abstrak kajian Fyza disini dan mana –mana teman yang ingin tunjuk ajar dan pengalaman fyza mana hasilkan kajian, InsyaAllah Fyza akan bantu yang termampu…Yang minta soft copy kajian ni..ermm..boleh but by PDF la yer…sebab ada etika kerahsiaan (temubual bersama sampel OKU) yang fyza sertakan dalam lampiran kajian yang perlu Fyza jaga atas permintaan sampel kajian…hehhehee…
ABSTRAK KAJIAN:-
ABSTRAK
Kajian kualitatif ini bertujuan untuk mengkaji Konsep Kendiri dan Keperluan OKU (Orang Kelainan Upaya) atau PKU (Pelajar Kelainan Upaya) di UMT. Konsep kendiri dan keperluan adalah elemen penting dalam menentukan tingkah laku dan halatuju seseorang individu . Dalam konteks kajian ini, pengkaji cuba mendekati OKU . Sampel kajian terdiri daripada 3 orang pelajar OKU di UMT. Data dikumpul berdasarkan kaedah kualitatif dimana pengkaji melakukan sesi temuramah sebanyak 3 kali secara berkala kepada 3 orang sampel tersebut. Temuramah dilakukan dengan menggunakan soalan separa berstruktur dimana sampel ditemuramah berdasarkan objektif kajian. Pendekatan pengumpulan data juga dilakukan dengan menggunakan kaedah jurnal atau analisis dokumen. Pengkaji telah menganalisis jurnal atau catatan diari harian sampel yang dilakukan secara berkala selama 5 hari. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat 5 tema yang dapat dikesan berdasarkan penganalisisan data. Tema yang dikenalpasti ialah dari aspek keperluan atau kemudahan, penerimaan, kasih sayang, konsep kendiri dan penghargaan kendiri. Keperluan atau kemudahan seharusnya disediakan selaras dengan keperluan OKU atau PKU untuk memudahkan mobiliti dan memberi keselesaan serta menjaga kebajikan mereka. Penerimaan merupakan satu keperluan dalam kehidupan OKU atau PKU. Golongan OKU atau PKU yang diterima oleh masyarakat akan melalui hidupnya dengan gembira dan individu yang tidak diterima akan mengalami ketidakseimbangan dalam diri. Kasih sayang pula merupakan aspek terpenting dalam perkembangan OKU atau PKU. Tanpa kasih sayang mereka akan rasa keseorangan dan tersisih. Tema keempat, konsep kendiri adalah satu sistem tanggapan iaitu konsep dan penilaian OKU mengenai dirinya samaada positif atau negatif. Tema terakhir ialah penghargaan kendiri. Penghargaan kendiri merupakan satu keadaan dimana OKU merasakan dirinya dihargai. Penghargaan kendiri penting untuk menjadikan OKU lebih bermotivasi . OKU atau PKU menghadapai pelbagai cabaran dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar yang kadangkala mempengaruhi konsep kendiri. Selain itu, keperluan dari pelbagai aspek seperti kemudahan, kasih sayang dan penerimaan seharusnya dititikberatkan dalam proses membantu perkembangan OKU atau PKU di UMT.



ABSTRACT
The main purpose of this qualitative research is to determine self- concept and facilities of the disabled person or student in University of Malaysia Terengganu (UMT). The self- concept and facilities is the important element to determine behavior and individual objective. Study sample comprise from 3 disabled person in UMT. Data gathered based on qualitative method. (Interview and document analysis). Interview session done which is 3 times periodically to 3 stated sample. Interview make by using semi – structured question. Sample interviewed base on objective of the study. Researcher also analyzed journal or diary record sample daily periodically performed during 5 day. Finding research showed that there is 5 themes detect based on data analysis such as facility, acceptance, love, self -concept and self-esteem. Need or facility should be prepared in accordance with disabled person to provide facilitate mobility and to take care disabled person welfare. Acceptance is a necessity in disabled person life. Disabled person who accepted by society would pass his life happily and those whose not accepted will experience deep imbalance. Love is the most important for disabled person. Without love, disabled person will felt alone and excluded. Self concept refers to how the disabled person evaluates themselves. Self - esteem refers to disabled person experience whether he feel appreciated or not. Self - esteem important to make disabled person feel more motivated. Disabled person face a various challenge in their life as a students and sometimes its influence their self - concept. Apart from that, need from various aspects as facility, love and acceptance should be emphasized in the process to assist the development of disabled person in UMT

P/S: Terlalu kurang kajian berkaitan dengan OKU dilakukan. DIharap kajian ini dapat menyuntik minat individu lain untuk membuat kajian tentang OKU..
Credit to my beloved lecturer/supervisor : Dr Ruhani b Mat Min (UMT)…You inspired me..thanks..banyak bantu kajian Fyza n thanks sbb bg A dalam kajian ni hehhehee…Fyza akan sambung MASTER macam yang Dr minta.. InsyaAllah…

3 comments:

  1. salam. blh minta no h pon, nk tnya soalan tntg kualitatif. syukran

    ReplyDelete
  2. salam.thniah and da berjaya myiapkan tesis.mohon pdf-nya.sy M.Ed sem akhir UPM (B&K.sdg mcari bahan sokongan self esteem dan komunikasi keluarga.jika sdri ada sumber2 lain khususnya komunikasi kluarga,pls pls let me knw.vry tq-hasbullah@roy, UPM.email:cikgulah@gmail.com

    ReplyDelete
  3. salam
    maaf kepada kalian berdua, saya sudah lama tidak update blog...mohon contact saya di alamat email
    nofy_kaza@yahoo.com

    ReplyDelete

Inspiration & Aspiration.....

"Sesegar kuntuman nailofar diapung air, kuharap diriku tidak pernah layu oleh gelombang ganas, walau atma jadi taruhan...."