Friday, December 25, 2009

Hired @ Fired@ Resign….

22 Oct 2009 – My 1st day working as Manager….
Manage all the staff , with pressure from another highest management …without any experience…Set up all new system , face all client and staff…make me feel so depress… Arghhhh!!!!
• New Life…Career Path….
Bukan mudah melalui semua kehidupan baru yang memenatkan, Fiza bermula dengan permulaan dari pembukaan organisasi ini sampai segalanya Fyza lengkapi… Bekerja dengan bantuan buku, meghadapi karenah bos yang juga masih baru dalam dunia perniagaan ini…menjadikan segala-galanya sukar….Bermula dengan ketidakpuasan hati , namun akhirnya wujud simpati…Berbekalkan semangat ingin belajar sebelum meneruskan bisnes keluarga , Fyza yang banyak membantu mencorak segala sistem di organisasi ini….Namun kadangkala pendapat bercanggah dengan bos…hehhehe…Mungkin kerana Fyza berlatarbelakangkan pendidikan kaunseling, Fyza terlebih “unconditional positive regards”, tapi staff still hormat Fyza. Dalam usia 24 tahun, jdi manager bukan senang..Kena berhadapan dengan staff yang jauh lebih tua atau juga staff yang baru belajar hidup atau staff yang sama level…(ada degree gak) memang mencabar… Namun, Fyza jadikan mereka teman, minta pendapat dan kongsi idea untuk memajukan organisasi..Namun, pihak atasan tidak menyenangi cara Fyza.. Minta Fyza lebih tegas… Fyza buat cara biasa…seimbangkan ketegasan dan diplomasi….Namun, kadangkala, tiada kompromi dari pihak atasan menyebabkan staff mula buat perangai…Misalnya, sukar mendapat cuti…dan peralihan dari 2 shift kepada 1 shift.. Now kerja pukul 10.30 pagi hingga 11 .00 mlm…. Fyza pun pada mulanya give up dan rasa nak berhenti cepat…Tapi, terpaksa professional , tegas dan tunjuk komitmen agar staff tak give up….Penat, tuhan je yang tau…
Paling tak boleh berhadapan dengan masa untuk memecat staff…sedihnya…Tapi terpaksa juga…mengeluarkan kata2….Maaf saya terpaksa berhentikan awak….Masalah disiplin staff adalah berpunca dari sikap tiada kompromi majikan ….Fyza pun makan gaji, so faham sangat kenapa staff mula buat perangai… Antara sebabnya….1) Kerja 12 jam sehari, 2)Masa rehat dikurangkan kepada 50 minit 3) Gaji yang tidak setimpal….Staff pun pernah bekerja dan tahu Labour Act….dah majikan Betray Law…baik angkat kaki….!!Fyza faham masalah mereka…Dan yang paling tension masalah staff Islam yang terpaksa curi2 masa untuk solat…(Fyza pun buat macam tu)…Mungkin majikan kurang faham kewajipan umat Islam…tapi sbg manager, Fyza yang arahkan mereka solat juga bila tiba waktu….Fyza akan cover mereka dr bos…Kat sini lah Fyza lihat keruntuhan akhlak umat Islam yang lebih mementingkan kerja dan takut bos dari memilih untuk bersolat…. Beberapa kerat je staff Islam yang bersolat….Yang lain, pelbagai alasan diberikan…. Biarlah…Fyza dah ingatkan…So, faham2 sendiri la….
Lama2 rasa benci kepada suasana kerja bertukar kepada rasa sayang . Fyza bertahan lagi sebab majikan memerlukan Fyza dan tak sanggup lihat perniagaan yang baru bertapak ni terkubur… Fyza uruskan semua SSM (SURUHANJAYA SYKT MSIA), SOCSO dan EPF, daftar telefon n faks…. Agar lengkap semuanya….Semua akaun n urusan finance pun Fyza corakkan cara agar Fyza tak tinggalkan
mereka tanpa sistem…. Rasa simpati pada majikan yang masih baru ingin belajar (2nd BOS), namun majikan ni semangat dia kuat… Seorang wanita Cina yang telah berumur dan masih belum berkahwin…. Dia yang buat Fyza tunggu dan tidak terlalu awal berhenti kerja. Give n take antara kami buat kami serasi….dan akhirnya Fyza delay waktu untuk tinggalkan jawatan ni….Sehinggalah semua sistem telah teratur n sales dah ok…….Cuma kos masih belum cover… Biasala..baru2 buka perniagaan kan…. Alhamdulillah ada yang Fyza pelajari…….
• 18 Dec 2009 – I fired myself…ahhhhaaahhhaaa…….RESIGN>>>!!!
Tak boleh delay resign lg…..atas semangat seorang teman …yang menyatakan kasihankan diri ko sblm kasihankan owg lain….Knp Fyza resign???
>>>mula sakit2…batuk dah mula ada bubble darah….hidung asyik berdarah, kaki setiap pagi cramp.. setiap malam sampai rumah pukul 12 mlm…penat n parents mula risau ngan keselamatan Fiza….sepanjang kerja da 3 kali accident…lagipun Fiza kurang cekap memandu waktu malam….Gaji memang dah tau dari awal tak setimpal dengan kerja….(tapi nak cari pengalaman punya pasal)…gaji ckup bayar kereta n duit minyak pergi balik je….ELaun tak ada… So, kena fikir gak,,….Lagipun kalau boleh nak sambung MASTER….belajar lagi….
Akhirnya 1 MUharam …maal hijrah..Fyza mohon berhenti kerja….Ada air mata yang ditahan dari kelopak mata majikan yang dah macam akak sendiri, namun…atas sebab dan alasan yang fyza beri..untuk sambung belajar, dia relakan… Jaminan dari bos ni, kalau lepas habis belajar tak ada kerja, cari dia…..Sedih sangat..lihat staff dan tinggalkan tempat pertama Fyza kerja lepas konvo….Tapi, Fyza kena fikir badan dah tak tahan, hati mak dan abah yang risau setiap malam tunggu Fyza balik kena jaga juga,..INsYaAllah,,,rezeki ada dimana2….Doakan yang terbaik untuk Fyza.
P/s;-
Buat Miss Soh,my dear sis…keep up a good strength to manage ur business, never give up…For Mr Tan,..tq for give me chance and trust to be a manager without any experience….For all staff…Cook Department..(Ah Soon, Awie, Dafi , Roni, Sugong, Lela(mak),) Staff ( Rizal , Fara, Nichole, Khalil, Zul, Murad, Ili, Afiq, Hafiq, Matahthir, Suhaimi, Ada)keep up a good work n tabahlah….setiap harga kebaikan yang kita lakukan akan terbalas walaupun kita tak tahu bila waktunya… Fyza akan selalu ke sana melihat perkembangan kalian, ketabahan kalian dan semoga perniagaan semakin maju..berkat usaha kalian….Buat Murad…now ganti tempat akak…jgn biar orang pandang graduan macam kita tak ada masa depan…sebab masa depan kita, kita yang mencorak kannya…Thanks sebab ada bersama dengan akak setiap masa untuk berkongsi pengalaman dan pandangan…. Buat staff yang dah kena pecat…Lisa, abg Usop, Raden, Andy…anda mempunyai pendirian yang sangat bagus….!!Hidup & rezeki ada dimana2. Jaga ukhuwah kita…..tiada benci…All memory remind….!!....Love u all ! !


1 comment:

Inspiration & Aspiration.....

"Sesegar kuntuman nailofar diapung air, kuharap diriku tidak pernah layu oleh gelombang ganas, walau atma jadi taruhan...."