Monday, October 12, 2009

Warkah Buat ILHAM Hafiz….

Mungkin sangat lewat untuk dititipkan Takziah atas kepergian ayahanda tercinta pada 26 sept 2009 ….NAmun titipan Al-Fatihah Fiza kirimkan buatnya….Al-Fatihah buat Allahyarham Uncle Abd Latiff…
Sengaja Fyza titipkan warkah ini di blog Fyza agar Fyza mampu berkongsi rasa dengan pembaca sekalian. Ilham Hafiz merupakan insan yang hadir dalam hidup Fyza sejak 2003…sebagai teman, sahabat dan abang…Bermula dengan Minggu Penulis Remaja 2003 yang membawa kepada perkenalan kami…Ilham terus menjadi teman dan sahabat saat Fyza jatuh dan tersungkur..Dia tidak pernah kenal erti jemu dalam melayan karenah Fyza yang tidak menentu. Mungkin agak kelakar bila panggilan “abg” kekal hingga kini kerana pada mulanya kami tidak tahu kami sebaya…dan akhirnya kami biarkan panggilan itu kekal… Sememangnya dia “abg” dalam hidup Fyza . Kematangannya dalam mengemudi hidup sangat mengkagumkan Fyza….
6 tahun berlalu dan hanya beberapa kali pertemuan singkat dengan Ilham…dan pertemuan terakhir membawa Ilham ke Muar mengunjugi rumah Fyza…sebelum segalanya berubah…”Semuanya tidak seperti sediakala”..6 tahun perkenalan menyaksikan jatuh bangun Ilham dan ketabahannya terserlah. Mungkin setiap insan bergelar wanita yang pernah menjadi milik Ilham lebih mengenalinya…Satu persatu teman meninggalkannya dan dia masih tabah….Kini Ilham telah bertemu dengan SINAR yang mampu menjadi pelengkap hidupnya dan Fyza yakin Ilham tidak tersalah pilih kali ini…..Fyza doakan Ilham bahagia ….


Demi Tuhan yang menciptakan manusia dengan perasaan kasih dan sayang untuk dikongsi, Fyza ucapkan terima kasih buat Ilham yang telah meminjamkan kasih dan sayangnya sehingga Fyza mampu merasai kasih sayang seorang abang selama 6 tahun…Dan kini bila saat dan waktu mengubah segalanya, Fyza meneladani ketabahan Ilham untuk menerima perubahan ini kerana Ilham membekalkan Fyza dengan kata-kata “setiap insan ada ujiannya tersendiri, dan setiap insan perlu berubah untuk sesuatu”. Fyza telah belajar untuk beri laluan untuk Ilham focus pada dirinya, keluarganya dan mahligai bahgia yang bakal dibina…. Doa Fyza masih untuk melihat ILham bahagia..kerana dalam hati dan minda Fyza, ilham masih abang yang sangat Fyza hormati… Terima kasih kerana bersama mendewasakan Fyza…..

Buat Abg Hafiz @ Ilham…
Fyza mohon maaf andai ada tersalah dan khilaf diri sepanjang perkenalan kita….Fyza tidak pernah bersama sepanjang Ilham susah dan kecewa..Fyza selalu tiada disisi Ilham bila Ilham perlukan Fyza….Namun , Ilham masih ada bila Fyza perlukan insan untuk berkongsi masalah dan kesukaran yang Fyza lalui…Kadangkala kesibukan Fyza membuat Fyza lupakan Ilham (Fyza buat Ilham contact NIsa dan tanya kenapa Fyza tak balas msg ILham sepanjang Fyza praktikum dulu)……Fyza minta maaf sangat2….
Fyza sedang belajar hidup tanpa ILham..tanpa abg….tanpa teman dan sahabat ……Fyza perlu berdiri sendiri kini, memberi laluan untuk Ilham dan perubahan yang Ilham perlu tempuhi… Namun, Ilham kekal dalam jiwa sebagai seorang abg , teman dan sahabat….
Mohon kepada insane yang kini memiliki hati Ilham, jaga abg Fyza baik2 tau..Fyza yakin kamu mampu menjadi seorang isteri yang sangat baik buat Ilham….

P/S :
hubungan persahabatan dan ikatan abg & adik adakalanya lebih terkesan dalam jiwa Fyza berbanding hubungan cinta dua insan yang hanya manisnya sementera (mungkin kerana Fyza selalu ditinggalkan dalam percintaan..menjadikan Fyza kalis dengan kehadiran lelaki dala hidup) . Kedewasaan Fyza dilimpahi kasih sayang yang dikongsi oleh abg angkat ( Fyza tiada abg kandung)…Oleh yang demikian, mungkin Fyza masih terasa kehilangan ILham… Namun, Fyza yakin, segalanya hanya pinjaman Tuhan dan kini Tuhan juga berhak menarik balik pinjamannya…Terima Kasih Allah, terima kasih abgku..Ilham Hafiz….
Puisi Dedikasi Ilham masih Fyza simpan…..sebagai kenangan. Thankss………

No comments:

Post a Comment

Inspiration & Aspiration.....

"Sesegar kuntuman nailofar diapung air, kuharap diriku tidak pernah layu oleh gelombang ganas, walau atma jadi taruhan...."